Thursday, September 4, 2008

Bahasa Malaysia KeDua

Mula-mula nama penjajah....


kemudian .....
lama-lama di jajah....

23 Julai 2008

Umno Minta Papan Tanda Jalan Dalam Bahasa Cina Oleh Gerakan Diturunkan

PULAU PINANG, 23 Julai (Bernama) -- Umno Pulau Pinang mahu supaya papan tanda nama jalan bertulisan Cina yang dipasang oleh Pemuda Gerakan di beberapa jalan di sekitar bandar raya Georgetown sejak Isnin lepas diturunkan segera.

Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata beliau telah menghubungi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Datuk Zainal Rahim Seman meminta MPPP mengarahkan pihak yang memasangnya supaya menurunkan papan tanda itu.

"Jika mereka enggan, Datuk Zainal sudah memberi jaminan yang mereka (MPPP) akan menurunkannya sendiri," katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Penaga mengulas bantahan Pemuda Umno negeri terhadap tindakan anggota Gerakan yang memasang papan tanda dalam bahasa Cina berkenaan.

Pemuda Umno turut mendesak supaya papan tanda nama jalan dikekalkan dalam satu bahasa saja iaitu bahasa Malaysia.

Isnin lepas, salah seorang anggota jawatankuasa Pemuda Gerakan, Dr Thor Teong Ghee bertindak memasang papan tanda itu di enam lokasi iaitu di Lebuh Pantai, Jalan Burmah, Jalan Macalister, Lebuh Carnavon, Lebuh Chulia dan Jalan C Y Choy.

No comments: